- Inginkan cabaran lasak di hutan seperti kembara rimba dan merentas sungai?
- Tercari-cari tempat sesuai untuk mengadakan kem kembara untuk persatuan, kelab atau sekolah anda?
- Inginkan pengalaman menyeronokkan disamping pengetahuan tentang hidupan dan tumbuhan hutan.
- Jawapannya ada di sini.

Pengenalan

Pengenalan

Anjung Kilau Jeram Chandarong telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan mempunyai 9 orang ahli. Bidang yang dikuasai tertumpu kepada rekreasi luar di mana 5 daripada ahlinya mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan suasana hutan, bukit, gunung, laut serta sungai. Mereka juga berkebolehan mengenai tumbuhan hutan khususnya yang mempunyai nilai perubatan.

Memandangkan aktiviti rekreasi luar semakin diminati oleh kebanyakan rakyat Malaysia, maka adalah wajar diwujudkan persatuan atau kelab yang dapat memenuhi keperluan ini secara langsung. Sektor pelancongan juga telah menjadi sektor yang amat penting diwaktu krisis ekonomi yang melanda kini. Jesteru, tempat-tempat pelancongan yang menarik dan indah perlu diwujudkan bagi menarik minat rakyat tempatan dan luar untuk mengunjunginya. Dengan itu secara tidak langsung ia akan memberi faedah yang baik apabila cuti hujung minggu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti riadah yang memberi pendedahan mengenai hidupan hutan dan tumbuh-tumbuhan hutan kepada warga muda terutamanya. Dalam masa sama juga dapat menenangkan fikiran jauh dari hiruk-pikuk suasana kota yang membingitkan dan lupa seketika kerja-kerja di pejabat.

Aktiviti-aktiviti lasak yang ingin diperkenalkan juga akan dapat menguji ketahanan fizikal dan mental serta meningkatkan daya tahan diri setiap individu. Aktiviti yang akan dijalankan adalah lebih ekstrem dan amat digemari golongan muda kini. Jurang perbezaan umur tidak menjadi penghalang sama sekali untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seperti ini.

Program seperti 'Summer Camp', khemah kerja, kursus bina insan, motivasi dan lain-lain akan menjadi teras kepada aktiviti kami. Diharap agar penubuhan kem ini dapat menarik minat lebih ramai peserta tanpa mengira lapisan umur dan bangsa melibatkan diri ,seterusnya membantu negara mengatasi serta membenteras barah gejala sosial daripada terus menular dalam masyarakat.




Azmi Azhar bin Ahmad
(Pengasas Kem Anjung Kilau)

0 comments:

Post a Comment

: : BORANG TEMPAHAN : :

: : Borang Tempahan Kem Anjung Kilau : :

Nama Penuh
Syarikat/Persatuan/Sekolah
Nombor Telefon
Alamat E-mail
Pakej Pilihan
Bil Peserta
Tarikh Kem
Catatan(jika ada)
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Menyediakan tempat untuk menjalankan kem kembara atau kursus2 dengan pelbagai aktiviti lasak yang menarik.