- Inginkan cabaran lasak di hutan seperti kembara rimba dan merentas sungai?
- Tercari-cari tempat sesuai untuk mengadakan kem kembara untuk persatuan, kelab atau sekolah anda?
- Inginkan pengalaman menyeronokkan disamping pengetahuan tentang hidupan dan tumbuhan hutan.
- Jawapannya ada di sini.

Pengenalan

Pengenalan

Anjung Kilau Jeram Chandarong telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan mempunyai 9 orang ahli. Bidang yang dikuasai tertumpu kepada rekreasi luar di mana 5 daripada ahlinya mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan suasana hutan, bukit, gunung, laut serta sungai. Mereka juga berkebolehan mengenai tumbuhan hutan khususnya yang mempunyai nilai perubatan.

Memandangkan aktiviti rekreasi luar semakin diminati oleh kebanyakan rakyat Malaysia, maka adalah wajar diwujudkan persatuan atau kelab yang dapat memenuhi keperluan ini secara langsung. Sektor pelancongan juga telah menjadi sektor yang amat penting diwaktu krisis ekonomi yang melanda kini. Jesteru, tempat-tempat pelancongan yang menarik dan indah perlu diwujudkan bagi menarik minat rakyat tempatan dan luar untuk mengunjunginya. Dengan itu secara tidak langsung ia akan memberi faedah yang baik apabila cuti hujung minggu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti riadah yang memberi pendedahan mengenai hidupan hutan dan tumbuh-tumbuhan hutan kepada warga muda terutamanya. Dalam masa sama juga dapat menenangkan fikiran jauh dari hiruk-pikuk suasana kota yang membingitkan dan lupa seketika kerja-kerja di pejabat.

Aktiviti-aktiviti lasak yang ingin diperkenalkan juga akan dapat menguji ketahanan fizikal dan mental serta meningkatkan daya tahan diri setiap individu. Aktiviti yang akan dijalankan adalah lebih ekstrem dan amat digemari golongan muda kini. Jurang perbezaan umur tidak menjadi penghalang sama sekali untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seperti ini.

Program seperti 'Summer Camp', khemah kerja, kursus bina insan, motivasi dan lain-lain akan menjadi teras kepada aktiviti kami. Diharap agar penubuhan kem ini dapat menarik minat lebih ramai peserta tanpa mengira lapisan umur dan bangsa melibatkan diri ,seterusnya membantu negara mengatasi serta membenteras barah gejala sosial daripada terus menular dalam masyarakat.




Azmi Azhar bin Ahmad
(Pengasas Kem Anjung Kilau)

Objektif

> Menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta dalam masa sama memupuk nilai-nilai murni yang dapat meninggalkan kesan mendalam dikalangan peserta dan juga fasilitator terlibat.

>Memupuk jatidiri dan keyakinan diri para peserta dengan lebih berkesan.

> Mengenali diri dengan melihat kekuatan dan kelemahan dalam diri.

> Meningkatkan tahap kreativiti dan potensi diri yang sebenar.

>Membina sistem pertahanan diri yang kukuh bagi mencegah daripada dipengaruhi budaya negatif yang merosakkan.

> Mengharmonikan hubungan dengan ahli keluarga – ibubapa dan adik beradik serta rakan-rakan.

>Memberikan pendedahan kepada orang ramai kepelbagaian destinasi pelancongan domestik yang menarik selaras dengan usaha kerajaan untuk mempromosikan serta menggalakan aktiviti dikalangan warganegara.

>Menjadikan aktiviti rekreasi sebagai satu cabaran untuk menjana kehidupan sihat dan memenuhi masa lapang pada hujung minggu dengan lebih berfaedah.

>Menyedarkan golongan muda betapa pentingnya penjagaan hidupan hutan sebagai satu khazanah yang tidak ternilai harganya.

Sasaran Pelanggan

>Pelajar sekolah rendah dan menengah.
>Penuntut IPTA, IPTS, Kolej, Politeknik.
>Kumpulan Belia setempat Jawatankuasa Penduduk Negeri dan kebangsaan
>Ahli-ahli kelab rekreasi domestik dan juga luar negara.
>Ahli Kelab Rakan Muda.
>Kelab-kelab rekreasi antarabangsa.
>Individu-individu(Pelancong Tempatan dan Luar Negara).

Pakej Kem

Pakej Jati(Pelajar)
3 hari 2 malam

>Pakej 1 (RM130.00)
- River Crossing
- Jungle Tracking/mendaki gunung
- Sewaan khemah
- Ceramah motivasi
- Menjalankan aktiviti malam
- Makan dan minum

>Pakej 2 (RM90.00)
- River Crossing
- Sewaan khemah
- Ceramah motivasi
- Menjalankan aktiviti malam
- Makan dan minum

>Pakej 3 (RM60.00)
- River Crossing
- Sewaan khemah
- Ceramah motivasi
- Makan dan minum

Pakej Gaharu (Keluarga)
2 hari 1 malam
- Sewa tapak - RM5.00 /orang
- Sewa khemah - RM35.00/khemah
- Generator - RM100.00
- Pelita - RM2.50/unit
- Dapur dan gas
- Kelengkapan memasak (mengikut permintaan)

Pakej Tepus(Dewasa/Berkursus)
3 hari 2 malam - (RM160.00)
- Jungle tracking
- River crossing
- Tali beracun
- Talian Kasih
- Night Tracking
- Makan dan minum (12 kali sepanjang kursus)
- Sewaan khemah

Kemudahan asas yang disediakan

- dewan

- tandas

Kami juga menerima tempahan BBQ , Ikan Bakar dan Kerang Bakar . Bayaran tambahan akan dikenakan mengikut permintaan.


Aktiviti lain mengikut permintaan :

“Water Raffting” RM180.00 seorang.


*Bayaran yang ditetapkan boleh di runding mengikut jumlah peserta yang terlibat.

Bayaran sebanyak 50% sebagai deposit perlu dibankkan ke dalam akaun yang akan kami berikkan nanti.


* Aturcara aktiviti juga boleh diubah mengikut kehendak dan keperluan penganjur.

Kemudahan

Kemudahan Dan Perkhidmatan

> menyediakan tapak perkhemahan disamping khemah yang disewakan
>Menyediakan kemudahan rekreasi seperti berkayak, jungle tracking, Night Tracking Nature Walk dan pelbagai aktiviti lain.
>Menyediakan program dan juga Kem Motivasi bagi mereka yang tidak menyediakan program(Perbincangan dialu-alukan)
>Menyediakan perkhidmatan latihan pengendalian dan latihan pertolongan cemas.
>Menyediakan latihan untuk 'Survival' dan bantuan yang berkaitan.
>Menganjurkan aktiviti lawatan ke destinasi pelancongan berasaskan alam semulajadi(Nature Based).

Galeri Gambar

Kursus-kursus yang pernah dijalankan


IMG_0045.jpg IMG_0039-1.jpg IMG_0036.jpg
IMG_0027.jpg IMG_0023.jpg IMG_0010.jpg
IMG_0006.jpg IMG_0023.jpg



* Akan diupdate dalam masa terdekat.

Hubungi

Jika anda berminat dan ingin membuat tempahan, sila lengkapkan butir-butir dalam borang di bawah. Atau pun boleh berhubung terus ke :

En.Azmi Azhar b. Ahmad
No. 28 Jalan 7, Tmn Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor D.E.

h/p: 013-632 3146 / 016-547 1643

E-mail : bizpartner80@gmail.com

: : BORANG TEMPAHAN : :

: : Borang Tempahan Kem Anjung Kilau : :

Nama Penuh
Syarikat/Persatuan/Sekolah
Nombor Telefon
Alamat E-mail
Pakej Pilihan
Bil Peserta
Tarikh Kem
Catatan(jika ada)
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Menyediakan tempat untuk menjalankan kem kembara atau kursus2 dengan pelbagai aktiviti lasak yang menarik.